Salam, perghhh pertama kali rasa Pavlova dari Cikmin, biasa duk order Macaron dan Red Velvet Cake je, kali ni dapat rasa Pavlova cikmin, seriussss uuuu memang sedap, Aiman makan berulang sampai 3x, tu pun saya cakap kat aiman sudah..cukup..cukup…sudah…*macam lagu pulak* ^___^
Sebenarnya semalam saya dan keluarga singgah beraya ke rumah blogger EjamOthman dan Cikmin, kebetulan nak balik Klang kan, so singgah rumah rakan yang terdekat. Gambar bersama Ejam dan Keluarga pulak sayangnya tak dapat nak letak sini, sob…sob…memori kad tak boleh nak buka, uwwaaa~ *ok nangis*, terima kasih Ejam sekeluarga dan Cikmin sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan kami, menu-menu yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka, terima kasih ^__^