Kem Cuti Sekolah 2014

Salam, Kem Cuti Sekolah 2014 kem yang dinanti-nanti oleh pelajar dan juga ibu bapa, bukan takat tu je, kalau boleh apa-apa program yang melibatkan anak-anak sekolah ni mesti nak masukkan dorang sekali kan?. saya ada jugalah cari info tentang Kem Cuti Sekolah 2014 ni untuk anak-anak saya, tapi sayangnya umur mereka tidak melayakkan untuk mereka menyertainya.

kem cuti sekolah 2014

Takpelah, maybe insyaALLAH tahun depan, dah alang-alang tu nak share info dari Surau tempat tinggal saya ni, apakata daftarkan anak-anak remaja anda yang berumur 12-17 tahun untuk Kem Daurah Remaja yang bakal diadakan di Kem Sungai Congkak.

Menariknya Kem ni sarat dengan pengisian ilmu (Modul JAIS) seperti:

  •  Aqidah
  • Ibadah
  • Al-Quran & Tajwid
  • Sirah
  • Hadith
  • Akhlak
  • Jawi
  • Doa Hafazan

Bestkan??? rugi rasanya kalau tak rebut peluang macam ni, setahun sekali je ada Kem Cuti Sekolah macam ni. Jadi apakata daftarkan anak-anak anda, yuran pun murah sangat-sangat cuma RM150 sahaja untuk 6 hari yang padat dengan pengisian ilmu, insyaALLAH.

Untuk keterangan lanjut contact je ye no dalam gambar tu, cepat-cepat tempat adalah terhad.

Sejujurnya saya rasa amat beruntung, surau tempat tinggal saya ini penuh dengan aktiviti, terdahulu saya juga ada menghantar anak-anak saya menyertai Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014, dan yang terkini saya baru sahaja mendaftarkan mereka untuk Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.

– Jom share dengan pembaca blog ni kot ada lagi Kem Cuti Sekolah 2014 yang menarik~

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014

Salam, Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014, semalam saya nak beli tiket Flight, seronok pulak tengok harga promosi yang ditawarkan oleh AirAsia, cuma RM66.00 sahaja ke Sandakan Sabah, tapi tulah kena rancang perjalanan dulu, belek-belek Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014, takut bertembung dengan hari persekolahan, tak syok pulak kan.

0 Outdoor Swimming Pool Sunway Resort Hotel And Spa

Jadi sebelum anda merancang percutian, apa kata semak dahulu Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014, barulah hati tenang nak bercuti.

Continue reading “Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014”