Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016

Assalammualaikum, bermula 1 Mac yang lalu, Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016 telahpun dibuka. Pendaftaran pertama ini berakhir pada 30 April nanti, walaubagaimanapun sekiranya Ibu Bapa tidak dapat mendaftarkan anak awal, masih ada lagi peluang untuk mendaftarkan anak untuk Pendaftaran ke 2 iaitu pada 2 mei 2014 sehingga 30 oktober 2014, tapi sebaiknya daftar anak awal-awal jadi tak kelam kabut itu ini, macam kami biasanya daftar anak awal-awal, lepas tu setel tak perlu dah nak fikir apa, bukan apa takut terlupa, kang tak pasal-pasal dapat sekolah jauh dari rumah.

sk taman klang jaya2 Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Pendaftaran persekolahan tahun 1 bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 untuk sesi persekolahan 2015, dan bagi murid yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 untuk sesi persekolahan 2016 nanti (Pendaftaran bagi sesi 2016 akan berterusan disekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran)

Continue reading “Pendaftaran Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2015/2016”

Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015

Salam, sekarang dah mula untuk Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015, saya dah lama daftarkan Haziq untuk kemasukkan tahun 1 sesi 2014 pada bulan Disember yang lalu, awalkan? hihihi sebab taknak tangguh-tangguh dah, rasa serabut je jiwa kalau tak setel benda-benda gini, dan bukan apa, takut terlupa sama, kang tak pasal-pasal anak tak dapat masuk ke sekolah yang dekat dengan rumah, daftar awal untuk mendapatkan tempat disekolah yang kita nak, tapi apa pun ianya bergantung kepada kekosongan yang ada.

sk taman klang jaya2 Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Jangan tak tahu, Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015 juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia, malah anda digalakkan untuk menggunakan sistem tersebut, tetapi saya hari tu terus pergi ke sekolah, senang nak tanya apa-apa yang bermain difikiran, cuma isi form aje dan bawa dokumen penting, pihak sekolah yang akan uruskan untuk tindakan selanjutnya, urusan tak sampai 5 minit pun, bukan taknak buat online, kalau online ni rasa was-was tu ada juga, takut ada tersilap ke apa ke kan, so saya rujuk ke sekolah terus, habis cerita hehee.

Continue reading “Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015”