Salam semua, terlupa pulak nak publish entry nie yang dah duduk dalam draft nie, Oklah entry nie nak cerita pasal penampilan terbaru Penyanyi Ramlah Ram yang kini tampil dengan imej bertudung dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin. teruja tengok penampilan terbarunya sekarang ini, memang sangatlah sesuai dengan usianya sekarang.
Alhamdulillah nampaknya seorang lagi artis wanita yang berubah imej ke imej yang lebih manis tanpa mendedahkan aurat, harap-harap Ramlah Ram selesa dengan imej terbarunya, memang nampak berseri-seri wajahnya, begitulah kan perubahan seseorang tu, selalunya kita nampak seksi dan ketat aje tapi bila buat perubahan macam nie nampak lagi ayu dan cantik, takperlu nak dedah sana sini.