Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh – Alfatihah

Salam semua, baru kejap tadi tengok berita tentang perkembangan terkini berita yang berkaitan dengan Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang, terkini pihak polis mengesahkan Mayat Datuk Sosilawati Lawiya ditemui bersama 3 individu yang lain dibunuh  sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Ya Allah tergamak mereka buat macam nie, sangat zalim!!

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.

Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang – Kereta dijumpai

Salam semua, susulan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Nouvelle Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 kini mendapat petunjuk yang baru, suspen jugak Yan tengok berita TV3 pagi nie dan jugak laporan akhbar di berita harian yang mengatakan kereta BMW X5 milik Datuk Sosilawati Lawiya yang bernombor pendaftaran WTL 11 di jumpai seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3. Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik. misteri betul!, seram sejuk!!

Pagi tadi tengok berita hati rasa berdebar-debar aje, mulalah teringat akan drama-drama penculikan, pengkhianatan. Doa dan harapan agar Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lain berada dalam keadaan selamat, sebabnya curiga jugak atas penemuan kereta peguam sivil Datuk Sosilawati di temui di hadapan Hotel Dorset ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Continue reading “Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang – Kereta dijumpai”

Datuk Sosilawati Lawiya hilang?

Salam semua, baru kejap tadi tengok Berita di TV3 tentang kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama seorang Peguam, pegawai bank dan jugak pemandunya. memang misteri betul kehilangan diorang nie. Apa pun mudahan mereka berempat berada di dalam keadaan yang selamat, maklumlah sekarang nie macam-macam kes yang berlaku.

Setakat ini belum ada panggilan yang meminta wang tebusan kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, maklumlah Datuk Sosilawati kan seorang jutawan wanita, siapa tak kenal dengan dia iaitu bekas isteri kepada penyanyi Nash dan jugak Pengasas Kosmetik Nouvelle Visage.

Continue reading “Datuk Sosilawati Lawiya hilang?”