Salam, macam biasa buka mstar.com.my, wahhh sukalah tengok pelakon Diana Amir, beliau kini tampil dengan imej terbarunya dengan mengenakan tudung, alhamdulillah bertambah lagi seorang artis Malaysia yang tampil dengan imej bertudung. terdahulu penyanyi Siti Nordiana pun dah Bertudung juga. Layan bawah (Gambar) Diana Amir Kini Bertudung.
Diana Amir mula mengenakan tudung bermula pada isnin yang lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Pelakon Filem Aku Masih Dara ini juga turut berjumpa dengan Irma Hasmie dan Wardina Saffiya untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan dari mereka, kerana baginya dia masih cetek dalam hal-hal agama.