Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3

Salam semua, semalam tengok dah ada promo untuk drama ulek mayang, menarik jugak so apa lagi gagah ler mengoogle macam biasa, dan jumpa jugak sumber dari gua.com.my, so Yan kongsikan disini yea, Drama ulek mayang ini diadaptasikan dari mitos Ulek Mayang bakal menemui para penonton di slot Lagenda TV3 mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. yang mana menggantikan Drama Siti Kelembai.

ulek mayang

Drama Ulek Mayang ini diterbit dan diarahkan oleh Rashid Sibir daripada Rashbir Media Sdn Bhd, drama 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon tanahair handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Kebiasaanya kalau drama hasil rashid sibir nie memang best, takpe sama-sama kita saksikannya isnin nanti, hem…tapi tak tau lah boleh layan ke tak episode 1 ulek mayang nie sebabnya time nie rasanya masih otw balik kampung kat kedah 🙂

Continue reading “Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3”