Salam, minggu depan merupakan episode akhir bagi Drama Supermak di slot aksi TV3, dan drama terbaru yang akan menggantikan supermak iaitu Drama yang bertajuk Nilapura, drama ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.
Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan, jom baca sinopsis lengkap Nilapura di bawah ini.