Putera Katak Slot Lagenda TV3

Salam semua, rasanya belum terlambat nak entry pasal putera katak yang di tayangkan di slot lagenda tv3 yang mana menggantikan Drama Ulek Mayang, boleh tahan lah jugak gelinya tengok putera katak nie…hahaha best jugak, Drama diadaptasi daripada cerita dongeng “The Frog Prince”, Drama nie dah pun ditayangkan pada  29 November 2010 yang lalu, macam biasalah waktu tayangannya hari Isnin Hingga Khamis jam 4.30 Petang. duduk depan TV tau!! ehehee…

putera katak

Layan sinopsis macam biasa ye, Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

Continue reading “Putera Katak Slot Lagenda TV3”