Salam semua, baru nie malam minggu kami ke MAEPS layan Drift car pulak, kalau korang pembaca setia blog ini mesti korang tau antara hobi dan minat kami sefamilykan? ha ye nak tau kami sefamily memang minat dengan dunia permotoran, asal ada Race, Drag, Drift, Sprint semua kami pegi, tak kisah harga tiket berapa pun, selalunya yang ada kat sepang pun kami pergi jugak, cuma satu je tak pernah nak tengok iaitu race Formula 1…ehehe belum mampu nak beli tiket, maklumlah kalau gi sana kami memang tak suka duduk tempat lain, mesti nak duduk di bahagian Main Grand Stand baru puas hati 🙂
eh, citer pasal sepang lak, hahaha okeh nak cerita pasal Drift kereta di MAEPS, sebenarnya tiap-tiap malam minggu memang ada drift kereta di MAEPS nie, masuk pun cuma rm5 je utk seorang dewasa, anak-anak free je, parking pun senang, cuma kalau datang lambat tu pandai-pandai ler cari tempat parking 🙂