Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting

Salam, baru-baru ini saya menerima jemputan bersama media yang lain untuk Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting, terima kasih atas jemputan tersebut, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila mana melihat sendiri kehidupan Warga Emas di sini.

iftar bersama dpim dan kumpulan al-ansar

Kami semua berkumpul di Masjid Shah Alam dan pergi ke Rumah Warisan Kasih di Banting dengan menaiki Bas yang disewa khas, ramai rakan-rakan media dan crew TV yang dapat saya kenal dalam program ini. Kami bertolak dalam pukul 3 petang lebih.

Continue reading “Majlis Iftar Bersama Kumpulan Al-Ansar Dan DPIM Di Rumah Warisan Kaseh, Banting”

Rezeki Blogging Dapat RM500

Salam, baru je cerita pasal Hasil Blogging Sepanjang 2011 kan?,  syukur alhamdulillah permulaan tahun 2012 yang sangat bermakna, bila mana Rezeki Blogging Dapat RM500 dari Denaihati, tak pernah terfikir akan dapat insentif tersebut, nak tahu detail boleh baca entry beliau -> Trafik Blog 2011 Dalam Kenangan

ringgit malaysia

Gambar : http://article.wn.com.

Terima kasih sekali lagi buat denaihati dan eQurban untuk insentif tersebut, Alhamdulillah nanti boleh beli CD player untuk Aiman, senang dia nak mainkan CD belajar Al-Barqy nya nanti hikhik.

– DH, Kakyan dah email detail ^___^

Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger

Salam semua, syukur alhamdulillah semua program hujung minggu berjalan dengan lancar, sabtu yang lepas Yan menerima undangan dari Denaihati.com dan eQurban.com untuk Majlis Pelancaran Rakan Niaga Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja.

majlis pelancaran rakan niaga equrban

Tarikh : 18 JUN 2011 (Sabtu)

Venue : HOTEL EQUATORIAL BANGI

Dirasmikan Oleh : YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia)

Continue reading “Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger”

Alhamdulillah Menang iPad2

Salam semua, syukur alhamdulillah menang Apple iPad2 dari Denaihati, terima kasih pada DH dan sponser eQurban untuk hadiah tersebut, sebenarnya tak sangka pun menang hadiah utama ini, sebabnya persaingan memang sengit, dari mula contest ini lagi Yan tidak menaruh harapan yang tinggi, cukup sekadar ingin berada dikalangan top10.

ipad2

Tapi siapa sangka kan, rezeki Allah S.W.T bagi, syukur sangat-sangat, semua ini juga berkat usaha, rezeki tidak datang bergolek kalau kita tak cari.

Continue reading “Alhamdulillah Menang iPad2”