Eyriqazz vs Denaihati Apa Kata Yanmie?

Salam, hiks yang sebenarnya saya kena paksa join Contest Eyriqazz Vs Denaihati ni hahahaaa, seganlah nak masuk sebab blog tak hebat mana pun nak main SEO ni, lebih-lebih lagi blog ni dah jarang nak update, plus hari tu kena google slap *sakit tau!* heeee~

Eyriqazz vs Denaihati

Tapi demi tidak menghampakan Sahabat baik, saya join jugalah contest ni, saya tau dia saje nak kenakan saya, HAHAHA sabar jeler, tapi sejujurnya saya enjoy masuk contest ni, sebab dapat “mengata”  Eyriqazz dan Denaihati, bukan senang dapat peluang macam ni.

Continue reading “Eyriqazz vs Denaihati Apa Kata Yanmie?”

Jangan kedekut untuk memberi backlink

Salam semua, terlebih dahulu terima kasih Yan ucapkan pada rakan-rakan yang sudi memberikan backlink kepada blog ini, sejak akhir-akhir ini banyak sungguh backlink yang Yan terima dari mereka, sharing is caring kan. Sebenarnya entry ini dah lama jugak rasanya nak publish tapi asyik tertangguh, maklumlah ku bukannya jenis reti nak ngarang-ngarang entry yang berbentuk macam nie, tapi takpe ku teruskan jugak, nie versi Yanmie okeh 🙂

backlink

Kredit gambar bhkit.com

Sebenarnya korang tak rugi pun kalau kita saling membantu dalam memberikan linkback kepada blog tertentu, tapi biarlah linkback yang diberikan tu berhemah sikit, maksud Yan jangan letak link dalam perkataan “SINI” seeloknya tuliskan tajuk entry atau apa-apa tajuk untuk entry link tersebut, barulah sedap mata tuan yang di backlink kan tadi memandangnya *sekadar pendapat* dalam pada tu barulah jugak sedikit sebanyak dapat menarik minat orang untuk membacanya.

Continue reading “Jangan kedekut untuk memberi backlink”

Wakenabeb – Aku terkena panggilan hangit!

Salam semua, alhamdulillah masalah Yan yang kat SINI dah setel, terima kasih buat semua kawan-kawan  yang mendoakan, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya, so boleh blogging dengan nyaman…yippie…

wakenabebekekee…interprem sat 😛

Oh yea, korang nak tahu baru-baru nie Yan terkena panggilan hangit, sungguh-sungguh hangit okeh! nasib baiklah tak pengsan ke cepat melatah ke, tapi betul-betul buat Yan tak senang duduk petang tu, dah ler baru balik dari shopping, tengah-tengah buka pintu dapat sms pulak, jom layan yea tengok hangit ke tak hangit..haishhh…berderau gak ler darah dapat sms nie..fuh…

Continue reading “Wakenabeb – Aku terkena panggilan hangit!”

Takziah buat Eyriqazz atas pemergian Ayah tercinta

Salam semua, pagi nie baru dapat online macam biasa, semalam agak sibuk jugak, pagi nie blog pertama Yan pergi baca macam biasa blog besan Yan iaitu Eyriqazz untuk membaca entry di blog beliau, tetapi terasa pelik dalam hati kenapa tidak ada update dari beliau. lepas tu mengembara ke blog KakIna, then terbaca pasal entry kakina pasal kehilangan ayahnda Eyriqazz yang tercinta. Alfatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat. Serius Yan baru je tahu!

eyriqazz

tweet dari Eyriqazz

Buat Eyriqazz, moga tabah yea, terima ianya sebagai ketentuan ilahi, Yan doakan moga Arwah ayahnda tercinta di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…Amin.

Nota Yanmie : ALFATIHAH….

Eyriqazz @ besan punya pasal

Salam semua, ha ye tajuk bukan main gempak lagik yea, bukan nak cari gaduh..ehhee. nie ha entry khas buat Eyriqazz aka bakal besan Yan…ehehe, pepandai je orang tua-tua sekarang nie nak padankan anak diorang kan, eh tua ke?? hahaa sebab ada orang tu kata dia berjiwa muda, kalau orang tanya kata umur dia 23…hahaa siapakah?? sila mengaku okeh!!

eyriqazz

nielah dia bakal besan Yan, sapa tak kenalkan dengan blogger tengah hot iaitu Eyriqazz dan isteri tercinta serta bakal menantu..ehehe 😛

Sebenarnya entry ini adalah entry khas tanda sokongan kepada  besan Yan untuk  Contest MySelangor Story, korang kalau sudi meh ler vote untuk besan Yan nie yea, apa yang penting entry beliau sanagt-sangat menarik, gambar-gambar yang di snap pun cantik-cantik, dah dah tentu pengalaman yang ditimba pun pelbagai citarasa ada…bertuahnya badan dapat pengalaman macam nie, ihik…jeles okeh!!

Continue reading “Eyriqazz @ besan punya pasal”

My Raya Moments Contest

Salam semua, adeh sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa untuk My Raya Moments nie, harus join sebabnya besan yang anjurkan kontes nie, siapa lagi kalau bukan top blogger yang tengah hot sekarang nie iaitu Eyriqazz, kontest nie sangat menarik sebabnya cara pengadilan dan syarat pun tak rumit, hem…takpelah kalah menang lain cerita, yang penting dah join..betul tak besan?? kalau menang tu kira 1 bonus lah kan, ok meh tengok gambar yang dipertaruhkan dibawah nie.

my raya moment

Gambar atas tu ambil masa kawan-kawan  blogger datang ke rumah untuk Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com. korang kenal tak blogger-blogger kat atas tu, meh Yan kenalkan yea, dari kiri SueAnarm.Net, Sukasup dan dari kanan CikNurull dan Azizan4444. seronok dapat jumpa diorang nie, lagi seronok dapat jumpa diorang nie buat pertama kalinya di rumah Yan sendiri, nasib baiklah raya kan…agaknya kalau bukan raya mesti tak jumpa sampai sekarang. Yang bestnya depa nie angau dengan Daging Masak Kicap ala Yanmie ehehe…kalau besan nak datang rumah nie pun nanti boleh buatkan daging masak kicap tu..amacam?? nak tak?? bawa sekali menantu kakyan tu..nnggee~~

Oklah setakat itu sahaja tentang kontes my raya moment nie, korang kalau sudi silalah like gambar tersebut di SINI yea.  jangan malu jangan segan untuk LIKE 🙂

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)

Nota Yanmie : Fuh…lega entry nie dah terbit, so takdelah besan Yan merajuk 😛

Terima kasih eyriqazz.com

Salam semua, entry ini adalah entry khas buat Eyriqazz.com atas sumbangan trafik dari blog beliau. Terima kasih banyak2 atas backlink yang diberikan. bukan mudah dapat trafik backlink dari kawan-kawan. Thanks jugak sebab tak kedekut bagi backlink ke blog kakyan nie 🙂

Meh tengok sumbangan trafik bulan ini dari Eyriqazz.com, sebenarnya sebelum2 ini lagi banyak trafik dari eyriqazz.com yang masuk tapi tak sempat nak print screen. tapi yang pasti eyriqazz.com banyak menyumbangkan trafik ke blog ini.

boleh kata setiap backlink yang diberikan oleh beliau mesti mendapat trafik yang agak tinggi jugak. so apa tunggu lagi terjah lah blog beliau, kot2 ada luck dia boleh bagi linkback kat korang…ehehe.

Continue reading “Terima kasih eyriqazz.com”

Alhamdulillah aku menang kontes lagi

Selamat pagi semua, hati rasa gumbira mana taknya semalam baca entry Aie pasal keputusan pemenang Apa yang anda tahu tentang Darkbatman dot com. Tak sangka Yan boleh menang, yeayyyy korang silalah jeles yea..ehek, jangan meluat sudah, semua nie rezeki..syukur 🙂

Kat bawah nie senarai Pemenang Contest Apa yang anda tahu tentang Darkbatman dot com

Continue reading “Alhamdulillah aku menang kontes lagi”