Richard Branson Pemilik Virgin Atlantic jadi Pramugari Air Asia?

Salam semua, nie nak habaq mai, bagi peminat Formula One (F1) ingatkah korang beberapa bulan yang lalu bahawa Kedua-dua tokoh korporat dari Virgin Atlantic iaitu Richard Branson dan jugak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes pernah membuat pertaruhan, team siapa yang kalah maka dia akan jadi stewardess pesawat air asia nanti, pramugari ok! bukannya pramugara..dah semestinya pakai baju pramugari…hahhaa lawak pulak!

Richard Branson

Dan nampaknya nasib menyebelahi Datuk Seri Tony Fernandes dan seterusnya beliau terselamat dari memakai pakaian pramugari…ehehee, ini berikutan Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad. 1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.

Continue reading “Richard Branson Pemilik Virgin Atlantic jadi Pramugari Air Asia?”

Layan Drag kat Sepang International Circuit

Salam semua, malam minggu hari tu Yan dan family layan Drag kat Sepang International Circuit, macam-macam jenis kereta ada, memang best sangat! yang paling best sebab dapat masuk ke bahagian Paddock, Ya Rabbi mulalah berangan kalaulah time F1 dan MotoGp dapat masuk ke bahagian Paddock nie harus Yan bergambar dengan michael schumacher ataupun Valentino Rossi…ekekeke

Jom layan gambar yang sempat Yan snap semasa berada di Drag Sepang malam minggu baru nie 🙂

Bestnya kalau time F1 atau MotoGP dapat jejak kaki kat Padock nie, fuh maunya tak ribu riban tiket..ehehe

Continue reading “Layan Drag kat Sepang International Circuit”