Fasha Sandha Dan Jejai Berkahwin Tahun Ini

Salam, wah baru baca kat Harian metro yang Fasha Sandha Dan Jejai akan Berkahwin Tahun Ini, so betullah gosip tentang penyebaran gambar kursus kahwin mereka baru-baru ini, tahniah lah ye, akhirnya kontroversi tersebut terjawab juga.

fasha dan jejai di kursus kahwin

Gambar Fasha dan Jejai semasa mengambil kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu

Menurut laporan dari harian metro, Jejai telahpun menghantar rombongan merisik kepada Fasha, dan lamaran tersebut telahpun diterima oleh Fasha, buat masa ni mereka tidak mahu mendedahkan bilakah dan dimanakah lokasi perkahwinan mereka nanti.

– sama-sama kita nantikan 😀

Fasha Sandha Kahwin Jejai Nanti?

Salam, baru baca kat mstar.com.my, owh serius baru tau yang Fasha Sandha dan couple balik dengan Jejai bekas suami Pelakon Nora Danish, acane lah boleh ketinggalan ni hahaha, sebab selalunya kalau pasal Fasha ni mesti hot je, dengarnya Fasha Sandha Kahwin Jejai Nanti? bila tu tak tahu lagi, nanti Fasha akan memaklumkan tarikh perkahwinannya dengan Jejai.

fasha sandha

Kata Fasha belum masanya untuk dia umumkan tarikh perkahwinannya nanti, tetapi dah ramai yang berteka teki tentang tarikh perkahwinannya, ada yang teka Fasha akan berkahwin pada ulangtahun kelahirannya nanti pada 28 Mac depan, tapi kata Fasha bukan pada ulang tahun kelahirannya sebab time tu Fasha ada akan ke Perancis untuk penggambaran drama slot Akasia TV3 berjudul, Seindah Safura.

– Bila pun tarikhnya mesti ramai yang tak sabar nak tahu ni kehkehkeh