Salam, drama yang akan menggantikan Nazihah iaitu Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3 akan mula bersiaran pada 21 September ini, kalau tengok pada promo tv3 macam best aje drama ni, apa yang menariknya drama 13 episode ini, pelakonnya di bintangi oleh pelakon terkenal Fasha Sandha, Kamal Adli, Fida Ibrahim, Shah Iskandar dan ramai lagi.
Saya pasti drama Runtun Qalbu ini pasti mendapat sambutan, mana tidaknya aktress terkenal fasha sandha yang berlakon, saya sejujurnya minat dengan lakonan fasha,dia pandai dalam menjiwai watak, beri sahaja watak macam mana, mesti watak tersebut berjaya dilakonkan, kalau dari segi lain tu saya tak ambik port, saya suka lakonan fasha aje, plus lately fasha nampak sangat comel sejak berbadan dua ni, auuww~