Salam semua, macam mana cuti tahun baru korang? harap oklah ye, nie ha baru jap tadi (pagi nie) baca paper online di mstar.com.my, tak sangka pulak kisah hidup jutawan kosmetik, Dato Sosilawati Lawiya akan di filemkan dan akan menjalani penggambaran pada April 2011 nanti.
AlFatihah…moga arwah aman di sana…amin
Dan pengarah filem yang bertanggungjawab untuk Filem Kisah Dato Sosilawati ini iaitu Dr. Mahadi J. Murat, yang mana sebelum nie sudahpun berbincang dengan Erni dan jugak keluarga Arwah Dato Sosilawati Lawiya, dengan syarat filem tersebut tidak boleh mencemarkan nama baik Arwah Sosilawati, tidak memberikan kesan negatif terhadap keluarga mereka dan mereka bersetuju untuk memulakan pra-produksi selepas kes pembunuhan membabitkan Allahyarham di mahkamah selesai.