Salam, baru-baru ni saya ada buatĀ Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.
Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.