Salam semua, semalam kami sekeluarga pergi ke litar sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP 2010, seperti biasa memang best sangat-sangat, macam-macam ragam orang, kali nie sangat enjoy sebabnya Rossi winner…ehehe, ramai yang seronok sangat! sorak sana-sini memang sengit betul. Jom layan gambar ye, nak cerita panjang sangat, biarlah gambar-gambar nie yang menceritakan situasi semalam semasa berada di Litar Sepang…cewah!!
Sampai-sampai kat sana, tudia punyalah susah nak cari parking, berjalan kaki dekat 2km jugak, sila percaya sampaikan kasut yang Yan pakai tu boleh terputus..wakaka sib baik dalam keta ada kasut spare, kalau tidak harus berkaki ayam je…kah3, tiket atas tu untuk kami bertiga…oh ye semalam jugak bawa sekali adik lelaki Yan, tu pasal ada 3 tiket…ehehe kami duduk kat main grandstand, harga tiket dah naik wooo, tahun lepas tak silap rm80 je, tahun nie rm 102.00 untuk 1 tiket, hem takpelah bukan selalu nak layan, minat punya pasal ok je 😛