Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusri

Salam, Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Mereka dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi.

gambar perkahwinan lisa surihani dan yusry

Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran.

Continue reading “Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusri”