Golden Churn Butter Haram! Tidak Halal

Salam, nampaknya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini telah mengesahkan bahawa mentega jenama Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter yang dipasarkan di Malaysia adalah Haram dan Tidak Halal. “Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk tersebut.

Golden Churn butter

Dengan ini umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut, sebelum ini pada 19 Julai yang lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk tersebut yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan tersebut terjejas.

* Detail baca di Malaysiakini.com

– Syukur jugalah tak pernah guna produk nie huhuhu