Assalam, baru-baru ni bawa anak-anak ke Zoo Negara, last datang sini masa Aiman dan Haziq kecik lagi, sekarang ni dah besar ha, ni bawa dengan adik-adik sekali, dulu bawa Aiman Haziq sampai tak mahu balik hahahaa, jenuh pujuk bertarik baju dengan dia kat pintu masuk tu hehehe
Kali ni best sebab dah ada irfan dan haiqal, dedua budak kecik ni kemainlah suka, terutamanya irfan tu, teruja kemain lagi dia tengok binatang macam-macam jenis, mulut tak duduk diam tanya itu tanya ini. Tiket tak ingat berapa RM, tapi kami sekeluarga ni seratus lebih juga kena bayar. Jomlah layan gambar dulu 😉