Tarikh Mengundi 5.5.2013 & Hari Penamaan Calon – Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)

Salam, sebentar tadi telah berlangsung 1 sidang media di Pejabat SPR Putrajaya bagi pengumumman Tarikh Mengundi 5.5.2013 & Hari Penamaan Calon – Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13), perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

pilihanraya umum ke 13

Dengan terjawabnya Tarikh Mengundi 5.5.2013 & Hari Penamaan Calon – Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) ini, pastinya ramai yang tidak sabar ingin turun membuang undi, saya sendiri tidak sabar turun mengundi.

Continue reading “Tarikh Mengundi 5.5.2013 & Hari Penamaan Calon – Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)”

Tarikh Mengundi Pilihan Raya (PRU13) – Seronoknya Tak Sabar Mengundi!

10.4.2013 – UpdateTarikh Mengundi 5.5.2013 & Hari Penamaan Calon – Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)

3 tarikh penting yang telah diumumkan iaitu :-

  • Tarikh Penamaan Calon : 20 April 2013
  • Tarikh Mengundi Awal : 30 April 2013
  • Tarikh Mengundi : 5 Mei 2013

*************************************************************************************

Salam, selepas menonton pengumumman Parlimen Di Bubarkan Hari Ini 3.4.2013, sekarang kita menunggu pula Tarikh Mengundi Pilihan Raya (PRU13), dan Hari Penamaan Calon, seronoknya nak mengundi, tak sabar pulak. Bila tarikh mengundi saya tu tak kisah, yang penting saya dah bersedia untuk turun mengundi, anda bagaimana??

Teks Ucapan Pembubaran Parlimen ke 12 (3.4.2013)
 

Jadi marilah menunaikan tanggungjawab kepada Negara bagi mereka yang layak, Cara Semak Daftar Pemilih (Pengundi), bukan hanya sekadar cakap kosong sahaja, yang pasti lepas ni perang bendera sana-sini, lepastu macam-macam ragam nanti sepanjang berkempen ni kita nampak, kalau kat kampung, Mak saya mesti dengan bangganya mengibarkan bendera depan laman rumah, meriah!, setiap rumah mengibarkan bendera tanda sokongan kepada pembentukan kerajaan baru.

– Saya pilih mengundi.