Cerita Raya Aidilfitri 2017

Assalam, eh busy benar baru sempat godek blog hhahaha. rasanya belum terlambat lagi untuk hakak share Cerita Raya Aidilfitri 2017 heheee, raya kan sebulan cewahhh gitu. Alhamdulillah tahun ni turn untuk hakak sekeluarga beraya di Kampung Halaman hakak yang tercinta iaitu di Sandakan Sabah. Untuk anak-anak hakak yang best bagi dorang tak lain tak bukan, keseronokan nak naik Kapal Terbang aje hahaha.

airport klia

Flight kami pukul 10.25am, kami gerak dari rumah dalam pukul 7.30am gitu, jalan clear cantik sebab dah ramai yang balik kampung, kami balik Raya pertama hehee, sempoi je pakai baju biasa je untuk raya pertama, tengok ramai juga pakai baju raya dalam flight heheee.

Continue reading “Cerita Raya Aidilfitri 2017”

Cerita Raya Kami

Salam, hari ni dah raya keberapa ye? hihihi baru nak up Cerita Raya Kami, takpelah raya kan sebulan hehee, raya tahun ini di kampung suami di Jengka, Pahang. Dan raya tahun ini merupakan raya pertama kami berlima, tahun lepas Baby Irfan dalam perut ^_^, so ini merupakan raya pertama Baby Irfan.

yanmie family

Kami sekeluarga, susah tau nak dapat moment macam ni, boleh kata setahun sekali kot baru ada gambar 1 family macam ni hehee, sebabnya tunggu orang tolong snapkan barulah dapat gambar macam ni hihihi.

Continue reading “Cerita Raya Kami”

Wordless Wednesday #23 – Gambar Raya Sekeping Je

Satu-satunya gambar kami sefamily, payah nau nak amik gambar, anak ntah pegi memana, tak duk diam duk kat kampung nie, sudahnya ada gambar family sekeping nie je…sob…sob..tu pun tak clear, oklah ada dari takde ^___^

kami

Venue : Rumah Mak Ayah Di Sandakan Sabah

.

– Hope raya haji nanti dapat snap gambar raya sekeluarga -..-“

 

Memori Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam semua, hari nie baru nak ada mood nak update entry raya…ehehe orang lain dah basi dah cerita raya nie tapi lain pulak Yan nie baru beria-ia nak entry kan sini 🙂 hari tu cuti raya 1 minggu, nak online pun payah sebabnya streamyx kat kampung buat hal, so online guna broadband aje tu pun merangkak-rangkak jugak, last-last layan game je kat lappy nie.

Raya tahun nie kat kampung en.hubby di Jengka 13, Pahang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, sambutan raya kat sana meriah jugak terutamanya pada malam raya, bunyi bunga api sana sini, boleh kata hampir setiap rumah main bunga api yang jenis bunga api bateri tu, ala yang bunga api macam sambutan merdeka tu.

Continue reading “Memori Hari Raya Aidilfitri 2010”

Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini

Salam semua, amboi nampaknye ramai yang dah tak sabar-sabar nak raya nie, maklumlah pergi mana-mana aje penuh dengan orang shopping sana sini, nak berjalan pun crowded sangat nasib baik tak berlaga punggung…ehehe 🙂 Terbaru baca tentang laporan akhbar Berita Harian tentang khabar angin yang mengatakan sambutan hari raya aidilfitri jatuh pada hari khamis ini. so cekidaut berita tersebut. Apa pun jangan terpengaruh ok! khabar angin aje tu 😛

KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Continue reading “Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini”