Bila haziq memakai helmet

Salam semua, baru nie Yan curi-curi tangkap gambar anak tengah bermain basikal kat halaman rumah, duk intai-intai apa yang diorang buat kat laman rumah, yan Yan perasan si kecik (Haziq) cuba memakai helmet ayahnya, tapi tak reti, haziq minta tolong si abang (Aiman) untuk pakaikan, memang kelakar tengok haziq pakai  helmet, beria-ia suruh abang dia pakaian, layan ye…ehehe

helmetMasa Yan tengok haziq nak naik atas basikal nie, duk fikir janganlah haziq tumbang dengan helmetnya, maklumlah helmet tu kan agak berat sedikit..ehehe memang tergelak Yan tengok, tapi Yan curi-curi pandang je diorang nie sebabnya nanti macam tak best pulak amik gambar, sekali sekala amik candid picture ok jugak…nnggee~~

Continue reading “Bila haziq memakai helmet”

Pasaraya Cowboy memang best!

Salam semua, maaflah yea seharian tak de masa nak online, kalau online pun setakat on lappy then tak duduk pun depan lappy sebabnya sangat sibuk dengan tempahan kuih batang buruk sabah, maaf jugak sebabnya tak open order kat sini, bukan apa takut tak terbuat nanti, sebabnya tempahan yang ada sekarang nie pun banyaklah jugak, ingatkan memang taknak buat tapi permintaan sangat tinggi, lagipun order semua datangnya dari customer yang sebelum-sebelum ini, syukur nampaknya kuih batang buruk sabah versi yanmie memang disukai…ekeke 😛

Semalam jugak pergi beli bekas aka balang untuk letak kuih batang buruk sabah tu, bahan-bahan dah beli kat bandar pusat nie aje, tapi bekas tu ler takde, so kami cari ke Pasaraya Cowboy. ehehe kelakar je nama pasarayanye kan 😛

Continue reading “Pasaraya Cowboy memang best!”

Kesian Haziq demam

Salam semua, Yan baru balik dari Klinik, haziq pulak tak sihat. Semalam dia demam panas tak lena jugak ler tidur semalam sebab dia asyik merengek aje, kesian pun ada, kejap-kejap minta Yan peluk, sejuk agaknye…huhu

ihik…malunye ibu tunjuk muka demam adik 😛

So pagi nie tadi bawalah dia ke Klinik kat Bandar Pusat Jengka nie, alhamdulillah Doktor kata panas badan Haziq tak tinggi sangat, 37 suhu kepanasan. Now haziq dah boleh bermain-main, menangis, gelak, semualah haziq dah boleh buat, beza dengan pagi tadi nampak slow sangat. layan gambar haziq masa gi klinik tadi yea 😛

Continue reading “Kesian Haziq demam”

Epilog Syurga Cinta TV3 – Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Salam semua, hari ini Drama terbaru slot akasia TV3 akan menayangkan Drama terbaru iaitu Drama yang bertajuk Epilog Syurga Cinta, yang mana menggantikan Drama Ilusi. Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Episode 1 Epilog Syurga Cinta nie.

Yang mana Drama Epilog Syurga Cinta ini adalah hasil adaptasi dari filem Syurga Cinta yang dahulunya pernah dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq, dan untuk Drama Epilog Syurga Cinta ini dilakonkan oleh Fida, Zizan Nin, adik Mia Sara Nasuha dan ramai lagi, an pastinya Yan tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan drama ini sebabnya berdasarkan sinopsis drama Epilog Syurga Cinta ini macam best aje.

Continue reading “Epilog Syurga Cinta TV3 – Sinopsis Epilog Syurga Cinta”

Entry Khas untuk Aiman

Salam semua selamat berhujung minggu, hari nie tak kemana sebabnya en.hubby keje, so lepak-lepak rumah sahaja layan TV sambil-sambil blogging depan TV dan macam biasa jadi cikgu kepada anak-anak. Petang nie online tumpang Meja belajar anak-anak…ehehe

Tetiba tadi Aiman ada permintaan, macam nie katanya :-

Aiman : “Ibu, boleh tak Amik gambar eyman tengah menulis?”

Ibu/Yan : “Ha..nak buat apa??”

Aiman : “Nak masuk dalam laptop ibu macam semalam tu” rujuk entry INI

Ibu/Yan : “Oh…abang nak masuk dalam blog ke?”

Aiman : “Haaa yeaaa…Aiman nak!!!” *dengan nada bersemangat*

.

Continue reading “Entry Khas untuk Aiman”