Salam, susulan entry percutian ke Pulau Pinang, kami Menginap Di Hotel Vistana Penang, hal-hal tempahan macam biasalah semua En.Suami berikan kepada saya hihihi. Mula-mula call Hotel Traders, hotel baru orang kata (anak syarikat hotel Shangri-La). Tapinya sayang tak boleh nak menginap disitu coz takde suite yang boleh memuatkan kami anak beranak, yang ada cuma bilik-bilik hotel aje, ada pun bilik hotel yang guna connecting room, ermmm tak bestlah.
Sudahnya call Hotel Vistana Penang, zup zap call tak sampai 5 minit setel semua. Suite yang kami duduk ni 2 bilik, RM580 aje semalam, termasuk tax dan sarapan pagi untuk 4 orang.
Memang puas hati dengan servis yang diberikan, plus Suite yang kami dapat ni best gila. cantik, baru lagi dalamnya sebab baru renovate kot, kalau tak silap saya dulu-dulu boleh masak dalam Suite Hotel ni, tapi sejak dah direnovate dah tak boleh masak, tapi ok juga macam tu, kita pergi pun nak bercuti bukan nak masak-masak kan heheee, time ni lah nak merasa makanan sedap-sedap ditempat orang, betul tak??