Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie

Assalam, lama blog tak update lama tu jugalah happy manjang sampai lupa nak jaga pemakanan, jaga berat badan kehkehkeh, ni barulah orang kata kembali ke pangkal jalan hehee, alhamdulillah dah sedar diri semakin menggemuk, mula lah cuak nengok no kat penimbang, buat-buat nangis pun ada, takut..seram..seram takut penimbang pecah kalau naik hahaha.

berat turun denga atkins

Turun 8.4kg selama 70 hari, babai kepala 8, hai kepala 7 😀

Ya ALLAH berat gila, balik dari bercuti di Kota Kinabalu baru sedar yang diri semakin membesar bagaikan dipam-pam, serius sedih gila, so ambil keputusan untuk buat diet, Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie kenapa pilih atkins diet? sebab Diet Kalori pernah buat tapi menakutkan sebab berat naik, susah nak turun, so try Atkins alhamdulillah serasi dengan badan dan gaya hidup.

Continue reading “Atkins Diet Pilihanku #atkinsdietyanmie”

Senaman untuk mengurangkan selulit di peha

Salam semua, baru kejap tadi melakukan aktiviti senaman setelah hampir setengah tahun tidak bersenam, sila percaya yea! ehehe. ini disebabkan oleh entry Oh Gemuk!. Makin bersemangat jadinya nak menurunkan berat yang tak stabil nie, kejap turun kejap naik, bila berat naik bukan main mendadak lagi, tapi nak turunnya tu agak semput-semput sikit..huhu

Google Images

Insyallah start besok Yan akan memulakan Diet jenis Diet Atkins, sebelum nie cuma kawal pemakanan sahaja. tapi insyallah kali nie agak serius sikit, maklumlah raya dah nak dekat, peha (selulit) pulak nie makin membesar, rasa rendah diri tu semakin menguasai diri bila berkeadaan macam nie. even duduk rumah aje pun, tapi serius memang tak selesa berbadan macam nie, terutamanya dengan selulit kat peha nie, lemak degil betul!

Teringat zaman sebelum berkahwin, berat 42kg tu! alangkah bagusnya kalau dapat berat zaman bujang dulu, zaman bergelar pelajar kolej..ekeke. Zaman bergetah lagi tu…hahahaa

Continue reading “Senaman untuk mengurangkan selulit di peha”