(MyNetDiary) Diary Diet Online Via iPad2 Apps

Salam, sejak iPad2 dah berjaya saya Jailbreak sendiri, melalui Jailbreak.me dan meginstall (Installous) melalui Cydia, kerja saya asyik mengadap iPad nie je, hehee. Terlalu banyak Apps menarik, jangan tak tahu yang berbayar pun saya boleh dapat free melalui Installous, antara satunya yang menarik iaitu (MyNetDiary) Diary Diet Online Via iPad2 Apps, screen shoot bawah nie.

20110811-060909.jpg

MyNetDiary adalah sebuah diary online berkenaan progress diet, memang menarik tau, siap ada plan diet, menu, target berat nak turun, excercise, semualah yang detail siap dengan graf bagai, hehe, senanglahkan memudahkan keje, tak perlu nak tulis-tulis dah, refer je apps nie, lengkap betul, tinggal saje kita masukkan update setiap hari, lain-lain dia kira sendiri apa yang patut dan apa yang ada dalam apps tu.

.

– Hope Apps nie dapat membantu ^.^

.

Sent From My iPad2

Demam iPad2

Salam, amboiii sejak menang iPad2 nie bukan main lagi budak kecik kat umah nie, kira iPad2 tu dia sorang je yang konker untuk main game Drift Mania, pantang nampak ipad tu mesti dia nak main game, takpelah nak asal ko tak rosakkan sudah, penat tau ibu usaha nak menang iPad2 tu…ehehe

ipad2

Aksi 2 beradik, dedua main game yang sama, si abang takdelah cerewet mana, nak je dia layan game tu guna HTC Desire Z yang Yan dapat dari Maxis10 hari tu, hehe, tapi yang adik tu demand wooo..HAHAHA

Continue reading “Demam iPad2”

Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger

Salam semua, syukur alhamdulillah semua program hujung minggu berjalan dengan lancar, sabtu yang lepas Yan menerima undangan dari Denaihati.com dan eQurban.com untuk Majlis Pelancaran Rakan Niaga Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja.

majlis pelancaran rakan niaga equrban

Tarikh : 18 JUN 2011 (Sabtu)

Venue : HOTEL EQUATORIAL BANGI

Dirasmikan Oleh : YM TAN SRI DATO’ SERI TENGKU AHMAD RITHAUDEEN TENGKU ISMAIL (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia)

Continue reading “Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa Blogger”

Alhamdulillah Menang iPad2

Salam semua, syukur alhamdulillah menang Apple iPad2 dari Denaihati, terima kasih pada DH dan sponser eQurban untuk hadiah tersebut, sebenarnya tak sangka pun menang hadiah utama ini, sebabnya persaingan memang sengit, dari mula contest ini lagi Yan tidak menaruh harapan yang tinggi, cukup sekadar ingin berada dikalangan top10.

ipad2

Tapi siapa sangka kan, rezeki Allah S.W.T bagi, syukur sangat-sangat, semua ini juga berkat usaha, rezeki tidak datang bergolek kalau kita tak cari.

Continue reading “Alhamdulillah Menang iPad2”