Jalan-jalan Ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah

Assalam, masa Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah hari tu, kami tak lepaskan peluang untuk Jalan-jalan Ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah. Kalau sampai kat Sabah wajib singgah tempat ni tau, ada 1 tempat macam ni je kat Malaysia yang ala-ala New Zealand gitu cewaaahhh.

desa dairy farm kundasang sabah

Cantik kan?? kami sampai sini dalam pukul 9-10 am gitu, sebelum tu kami ke Taman Gunung Kinabalu dulu, nanti kita share ya.

Continue reading “Jalan-jalan Ke Desa Dairy Farm Kundasang Sabah”

Dah Besar Rupanya Alang Irfan

Salam, wah-wah sejak dah jadi abang-abang ni kemain dia punya bergaya, abanglah sangat hahahhaha. kejapnya masa berlalu, dah besar sangat anak ibu ni, akal pun panjang, cakap memang lancar, takde pelat-pelat pun, sebut perkataan sebiji-sebiji, kagum kejap hahahha, banding dengan abang-abangnya umur 4 tahun gitu kot baru boleh cakap dengan betul.

yanmieonline

Cepatnya masa berlalu, dah nak masuk 3 tahun

Sekarang ni nak berjalan kemana-mana dia pilih sendiri baju apa nak pakai adoiiii, asiklah pakai baju yang sama je, nak melaram baju sama warna dengan dia macam dulu-dulu pun dah susah -..-“

Continue reading “Dah Besar Rupanya Alang Irfan”

Jalan-jalan Di Batu Pahat Johor

Salam, kami ada di Batu Pahat Johor, balik hari je ni. Lamanya tak kesini, last turun Batu Pahat tahun 2000 masa study kat JB, time tu belum ada lagi Batu Pahat Mall ni rasanya.

20130330-122258.jpg

Biasa kalau turun Johor kami ke JB, syiok lepak Danga Bay memalam hikhik. Tahun lepas je 2 kali turun JB hheeee~

Sent From My iPhone4s

Jalan-jalan ke Muzium Padi di Kedah

Salam semua, wah baru teringat nak entry pasal jalan-jalan masa balik kedah hari tu, jom layan gambar masa kami ke Muzium Padi di Gunung Keriang, Kedah. Teruja sangat masa berada disana lagi-lagi masa naik tengok pemandangan 3D nye, meh ler korang singgah ke Muzium Padi nie memang best sangat! confirm teruja punya 🙂

muzium padiHehehe interperm lagik gambar sendiri..ahaks, gambar bersama Mak Mertua tercinta berserta kedua-dua hero yang sedang sibuk tengok ikan kat mini kolam kat belakang Yan dengan Mak Mertua Tercinta 🙂

Continue reading “Jalan-jalan ke Muzium Padi di Kedah”

Jalan-jalan di utara

Salam semua, Yan ada kat utara tanah air nie, jalan-jalan cari makan…hehehe, kami bertolak pagi semalam pukul 10 pagi sampai kedah pukul 4 petang. Kat kedah nie kami duk kat Jerlun rumah tok en.hubby 🙂

Now pulak ada kat Perlis rumah sepupu en.hubb, melawat dia sebelum berangkat untuk menunaikan ibadah haji. Oh jadual sangat penuh, duduk sini pun tak lama, maybe 2-3 hari je sebabnya en.hubby tak boleh cuti lama…huhuhu.

Nie pun update dari handphone aje, laptop tinggal kat rumah tok kat jerlun. Malam kang baru balik sana. Malam karang online guna laptop, kalau line ok bolehlah upload gambar sawah bendang…hahaha jakun jap 🙂

Nota Yanmie : Update dari handphone je 😛