Salam, sebenarnya saya dah bersabar taknak buat entry ni, tapi takut ada yang salah faham pulak, kita diam dia ingat kita tak berani nak bertindak!, baru-baru ini saya dan salah seorang rakan blogger baik saya Hilang kawan kerana blog awards.
Saya dan rakan blogger tersebut di remove dari list twitter dan facebook beliau, apa yang menjadi isu sangat sehingga perkara tersebut dibuat?, mesti kerana blog awards kan?, alahai sedihnya sanggup hilang rakan semata-mata blog awards, kalau awak nak menang awak amik jelah, kita nak masuk pun untuk suka-suka, branding blog, kalau rasa layak rakan-rakan vote, tak layak buat dek je ler. Inilah risikonya kalau masuk sekali dengan kawan.
Baru ni saya dapat 1 komen, hanya tinggal beberapa jam sahaja sesi undian habis, ok fine saya terima seadanya kalau tak menang pun, bukan semua pertandingan kita punya rezeki kan.