Kait Buah Rambutan

Salam, baru nie kan kami balik kampung kat Jengka, Pahang, musim rabutan tu kat sana, apa lagi aktiviti mengait buah rambutan ler, layan jom gambar rambutan yang menggiurkan, nie en.hubby dan MIL yang Kait Buah Rambutan ^____^.

kait buah rambutan

Yang bestnya malam tu saya sembang dengan Aiman, cakap kat dia “besok nanti nak kait buah rambutan, rambutan dah masak tau abang”, boleh pula dia cakap “Siapa yang masak rambutan tu, tok ke yang masak?” HAHAHAHA.

Continue reading “Kait Buah Rambutan”

Kuih Seri Muka – Sedap!

Baru nie balik kampung en.hubby kat Jengka, Pahang, Mak mertua buatkan untuk kami kuih seri muka, memang sedap, makan pun makin berseri je muka hehehe *tipu je*

seri muka

Alamak Seri Muka ke Seri Kaya yea?, ke sama je?

Okeh resepi dah minta kat mak, hari tu ada juga tolong-tolong mak sediakan bahan-bahan untuk kuih seri muka nie, insyaallah ada kelapangan nak cuba buat pulak versi saya, 1st try nie nanti, hope menjadi hehe.

– Sedap!, makasih mak (kita tahu mak baca blog nie ^____^)

Pasar Sabtu Jengka, Pahang

Salam, yuhuuu bersiaran dari kampung di en.hubby di Jengka, Pahang, kebetulan hari nie sabtu ada pasar sabtu, tak taulah orang sini panggil pasar apa, tapi yan panggil pasar sabtu sebab buat hari sabtu..HAHAHA boleh gitu??

pasar sabtu

Memang meriah tengok orang yang berniaga kat sini, banyak betul barang-barang yang dijual, tak kira dari yang sekecik kuman hinggalah sebesar gajah, eh ada ke? hahaha. layan gambar jom!!

Continue reading “Pasar Sabtu Jengka, Pahang”

#maxis10 : Live Blog dalam bas ekspress

image

Salam semua, sekarang Yan bersama anak-anak dalam perjalanan untuk balik kampung en.hubby di jengka pahang, en.hubby tak dapat balik sebab dia kena bekerja krismas ni..uhuk…balik sebab adik ipar nak bertunang 25hb nie.

Oklah doakan perjanan kami selamat yea 😉

Sent via HTC Desire Z

Selamat menyambut hari raya aidiladha

Salam semua, hari nie mesti ramai yang nak balik kampung kan, macam Yan dengan family akan balik ke kampung en.hubby di Jengka, Pahang, petang atau malam ini, harap-harap jalan tak jem, faham-faham ajelah lebuhraya pantai timur macam mana jemnya kalau time perayaan nie, harap-harap dipermudahkan dan diselamatkan pergi dan balik kami…amin 🙂

selamat hari raya aidiladhaGambar sumber dari dan di edit olehku 🙂

Di kesempatan ini kami seisi keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua kawan-kawan dan juga pembaca blog ini, jaga diri semua, jaga juga lembu takut kang terlepas naya…hahaha.

Nota Yanmie : Seksi kan lembu atas tu 😛

Balik kampung ambil lesen memandu kereta

Salam semua, ketika korang baca entry ini, Yan berserta 3 orang hero pujaan hati dalam perjalanan balik ke kampung di Jengka Pahang (kampung En.hubby). Kami keluar rumah lepas solat maghrib tadi. Kali nie Yan duduk  kat kampung lama sikit, maybe 1-2 bulan.

Google Images

Tujuan Yan balik kampung dan duduk lama disana disebabkan Yan amik kelas memandu kereta disana, kat klang nie susah sebab takde orang boleh jaga anak, jiran-jiran depan belakang kiri kanan semuanya india, so memang payah nak ambik lesen kat sini, jalan penyelesaiannya ialah balik kampung en.hubby, boleh lah jugak MIL dan FIL tolong2 jagakan diorang sementara Yan pergi kelas belajar memandu, dan sekurang2nya dapat jugak anak2 nie menghiburkan MIL dan FIL tercenta 🙂

Continue reading “Balik kampung ambil lesen memandu kereta”