Diet Atkins

Salam semua, hari ini adalah hari pertama Yan mengamalkan diet jenis diet atkins. mudahan dipermudahkan bagi Yan untuk melakukan diet atkins ini. sebabnya sebelum nie dah pernah pun buat atkins diet nie tapi cuma boleh bertahan selama 4-5 hari sahaja, mana tidaknya disiplin tu tak kuat, asyik goyah aje. Insyallah kali ini akan Yan buat dengan cara yang betul dan berdisiplin, amin…you can do it Yanmie!!

Google Images

Sekarang ini Yan dalam tempoh Induction 2 minggu untuk diet atkins nie, dalam tempoh dua minggu nie hanya 20g carb sahaja yang diperlukan.

Continue reading “Diet Atkins”

Senaman untuk mengurangkan selulit di peha

Salam semua, baru kejap tadi melakukan aktiviti senaman setelah hampir setengah tahun tidak bersenam, sila percaya yea! ehehe. ini disebabkan oleh entry Oh Gemuk!. Makin bersemangat jadinya nak menurunkan berat yang tak stabil nie, kejap turun kejap naik, bila berat naik bukan main mendadak lagi, tapi nak turunnya tu agak semput-semput sikit..huhu

Google Images

Insyallah start besok Yan akan memulakan Diet jenis Diet Atkins, sebelum nie cuma kawal pemakanan sahaja. tapi insyallah kali nie agak serius sikit, maklumlah raya dah nak dekat, peha (selulit) pulak nie makin membesar, rasa rendah diri tu semakin menguasai diri bila berkeadaan macam nie. even duduk rumah aje pun, tapi serius memang tak selesa berbadan macam nie, terutamanya dengan selulit kat peha nie, lemak degil betul!

Teringat zaman sebelum berkahwin, berat 42kg tu! alangkah bagusnya kalau dapat berat zaman bujang dulu, zaman bergelar pelajar kolej..ekeke. Zaman bergetah lagi tu…hahahaa

Continue reading “Senaman untuk mengurangkan selulit di peha”