Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas

Salam, Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas, dah 2 hari anak-anak saya tak bersekolah, sekolah ditutup ekoran Index Pencemaran Udara IPU yang tidak sihat dan berbahaya. Hari ini setakat pukul 7 pagi tadi Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara – IPU Jerebu 25 Jun 2013 Malaysia mencatatkan Pelabuhan Kelang dengan bacaan 487 berbahaya. Jadiknya rehat dirumah sahaja, tutup pintu, tingkap, bau asap kuat~

jerebu di pelabuhan kelang

Gambar #nofilter setakat pukul 7.30am tadi.

Setakat ini hanya sekolah dikawasan Pelabuhan Kelang sahaja ditutup ekoran bacaan IPU yang sangat tidak sihat dan berbahaya.

Continue reading “Sekolah Ditutup – Index Pencemaran Udara (IPU) Jerebu 250 Keatas”

Semak Index Pencemaran Udara IPU Jerebu Secara Online

Salam, anda boleh Semak Index Pencemaran Udara IPU Jerebu Secara Online melalui link dibawah, sekarang ni teruk betulkan kualiti udara? Jerebu sana sini sehinggakan ada daerah yang diisytiharkan Darurat seperti Muar, Ledang. Dan Sekolah dibeberapa buah Negeri/Daerah diarah tutup seperti di Negeri Selangor, KL, Melaka, Port Dikson, Kuantan berikutan kualiti udara yang tidak sihat.

Update Terkini Bacaan IPU : Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU Jerebu) Setiap Jam

Update Terkini Bacaan IPU 25/6/2013 : Terkini Bacaan Index Pencemaran Udara – IPU Jerebu 25 Jun 2013 Malaysia

Update Terkini Bacaan IPU 24/6/2013 : Bacaan Index Terkini IPU Jerebu 24 Jun 2013 Di Malaysia

jerebu di kl

Cara mudah Semak Index Pencemaran Udara IPU Jerebu Secara Online

Di tempat saya ni boleh tahan juga Jerebu, kalau pagi-pagi tu suasana macam berada di genting lebih kurang, bau asap yang kuat melekat dikain-kain yang disidai. Harapnya cepatlah masalah jerebu ni beransur baik, sekarang ni di Muar bacaan IPU semakin menurun, tetapi di Melaka, Port Dikson, Kuantan, Pelabuhan Kelang pula meningkat.

– Sekirany Laman DOE sedang sesak, boleh cuba sebentar lagi~

Jerebu Di Bandar Puteri Klang?

Salam, cuaca tak menentu sejak akhir-akhir ini, sidai kain seharian pun belum tentu kering, Jerebu Di Bandar Puteri Klang nie memang teruk jugak, kalau pagi tu pukul 1-2 pagi bau asap bukan main kuat lagi sampai menyerap dalam bilik, bau asap dalam aircond, ingatkan ada kebakaran kat kawasan rumah, pedahal jerebu je pun.

jerebu di klang

Tengok gambar atas tu, waktu nie pukul 12.30 tengahari tadi, keadaan macam baru pukul 7-8pagi. bau asap bukan main kuat lagi.

– Anak beranak batuk :'(