Salam, Sekolah Yang Ditutup Rabu 26.6.2013 – Sekolah Di Daerah Klang, Petaling Perdana & Seri Manjung Perak Ditutup berikutan kualiti udara yang sangat tidak sihat dan berbahaya, perkara tersebut dimaklumkan melalui laman media dan TV3 (saya tengok tv3). Nampaknya 3 hari dah anak-anak bercuti sekolah, jenuhlah nak ganti nanti. Doa moga-moga Jerebu cepat reda, amin…
Alhamdulillah petang tadi sekitar pukul 6 petang hujan sekejap di Klang ni, harapnya bacaan IPU semakin menurun. Bukan apa, selagi Jerebu ni tak reda selagi tulah anak-anak tak dapat pergi sekolah, lagi pulak kanak-kanak memang senang terdedah dengan bahaya.
– Mudahan cepat reda masalah Jerebu ni, aminn~