Salam semua, maaflah yea seharian tak de masa nak online, kalau online pun setakat on lappy then tak duduk pun depan lappy sebabnya sangat sibuk dengan tempahan kuih batang buruk sabah, maaf jugak sebabnya tak open order kat sini, bukan apa takut tak terbuat nanti, sebabnya tempahan yang ada sekarang nie pun banyaklah jugak, ingatkan memang taknak buat tapi permintaan sangat tinggi, lagipun order semua datangnya dari customer yang sebelum-sebelum ini, syukur nampaknya kuih batang buruk sabah versi yanmie memang disukai…ekeke 😛
Semalam jugak pergi beli bekas aka balang untuk letak kuih batang buruk sabah tu, bahan-bahan dah beli kat bandar pusat nie aje, tapi bekas tu ler takde, so kami cari ke Pasaraya Cowboy. ehehe kelakar je nama pasarayanye kan 😛