Selamat menyambut hari raya aidiladha

Salam semua, hari nie mesti ramai yang nak balik kampung kan, macam Yan dengan family akan balik ke kampung en.hubby di Jengka, Pahang, petang atau malam ini, harap-harap jalan tak jem, faham-faham ajelah lebuhraya pantai timur macam mana jemnya kalau time perayaan nie, harap-harap dipermudahkan dan diselamatkan pergi dan balik kami…amin 🙂

selamat hari raya aidiladhaGambar sumber dari dan di edit olehku 🙂

Di kesempatan ini kami seisi keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua kawan-kawan dan juga pembaca blog ini, jaga diri semua, jaga juga lembu takut kang terlepas naya…hahaha.

Nota Yanmie : Seksi kan lembu atas tu 😛