Selamat Hari Ibu

Salam, teringat kalau dikampung bila hari ibu ataupun hari ayah, adik beradik akan berpakat buat surprise untuk Mak Ayah, tapi kali ini hanya ada adik 2 orang sahaja di kampung, alangkah bestnya kalau dapat berkumpul ramai-ramai dan raikannya bersama ibu. Selamat Hari Ibu buat Mak dan Mak Mertua tercinta, sayang mak-mak berdua till jannah.., moga panjang umur murah rezeki dan diberikan kesihatan tubuh badan, aminnn…

kad hari ibu

Saya macam biasalah anak-anak masih kecil, belum faham sepenuhnya, tapi seronok bila diorang ucapkan “Selamat Hari Ibu” dan bagi kad yang dibuat disekolah.

Continue reading “Selamat Hari Ibu”

I Love U Too Sayang!

Salam, masih mood Hari Ibu lagi nie, hari nie Aiman balik dari sekolah bawa kad hari ibu yang dibuat sendiri olehnya, depan pagar rumah dah jerit-jerit bagitahu nak bagi hadiah kat ibu, rupanya nak bagi kad ucapan…sob..sob terharu ibu nie nak..nnggee~~

kad ucapan hari ibu

Ini adalah kad hari ibu yang kedua dari Aiman, yang pertama Aiman dah buatkan kat entry Selamat Hari Ibu 2011. Makasih sayang..muaahh, sayang abang dan adik banyak-banyak tau!, opss ayah jugak! hehee.

Continue reading “I Love U Too Sayang!”

Selamat Hari Ibu buat Kedua Mak Tercinta

Salam semua selamat berhujung minggu, di sini Yan ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di malaysia, di dunia dan terutamanya pembaca blog ini yang bergelar seorang ibu, dan Istimewa untuk Mak Yan, Mak Mertua, Adik Yan yang bernama Izan dan tak lupa  jugak buat diri sendiri…ahaks 🙂

Tetiba pulak syahdu rasa hati mengenangkan akan pengorbanan Mak sejak Yan kecil hinggalah Yan bergelar seorang ibu. Yan di fahamkan sejak Yan kecil lagi Yan memang patuh pada orang tua, rajin, seumur hidup Yan mana yang Yan ingat Yan tak pernah berkasar dengan Mak atau pun Ayah, tidak pernah sekali Yan bersuara tinggi, sila percaya ok! bukannya nak membangga diri, mungkin inilah salah satu sikap yang orang tua yan terapkan kepada anak-anak semasa kecil dulu dan sehingga kini. Amin…

Continue reading “Selamat Hari Ibu buat Kedua Mak Tercinta”