Saida Tetap Ingin Bercerai Dengan Suami

Salam semua, alamak terkejut benar baca mstar memalam buta nie (12.11 am), tak sangka pula Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyannyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengatakan tetap ingin bercerai dengan suami. uhuk, kesian dowh sama anak-anak. tapi maybe dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

saida

Walaubagaimanapun Suami Saida iaitu Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonannya untuk berpisah secara baik yang difailkannya selepas 15 tahun hidup bersama. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi enggan membenarkan permohonan tersebut kerana beranggapan Mohd Ghazali seharusnya diberikan peluang untuk hadir di mahkamah dan menyelesaikan kes tersebut.

Nota Yanmie : Apapun, mudahan dipermudahkan dan jumpa jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rumahtangga.