Happy Birthday Angah :)

Assalam, baru-baru ni Haziq menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 9 tahun, ya ALLAH dah besar anak-anak ibu rupanya, ibu je yang tak tua-tua lagi ni hahahahahaha (sila muntah). Happy Birthday Angah!!!!!, moga jadi anak yang soleh, anak yang dengar cakap, jangan suka buat ibu menjerit hehehe

haziq turns 9

23hb baru ni Haziq genap 9 Tahun, ya ALLAH cepatnya masa berlalu, kebetulan tarik tu hari ahad, makcik-makciknya berpakat nak buat surprise birthday party untuknya, kata dorang mana boleh tak celebrate sebab aiman haritu meriah juga dorang surprisekan aiman hehehe.

Continue reading “Happy Birthday Angah :)”

Kek Tiramisu Comel

Salam, sebenarnya risau betul dengan keadaan diri ni, bukan apa takut kena penyakit Kencing Manis pulak, alahaiii mintalah dijauhkan, mana tidaknya tekak asyik teringin yang manis-manis je, Asam-asam dan makanan masin memang tolak tepi, so dah suka yang manis, layan Kek Tiramisu hihihi.

Kek Tiramisu

Kek Tiramisu paling sedap kat SINI 😀

Tiramisu Block, tak besar sangat pun, oklah cukup untuk kami makan, saje tak nak ambil yang besar sebab takut nanti takde yang nak perabis kek tiramisu ni, sebab makan memang cepat muak, makan untuk sikit-sikit tu oklah, banyak-banyak kang kencing manis pulak, risau sob..sob..

Continue reading “Kek Tiramisu Comel”