Update dari Kampung

Salam semua, Yan update entry ini dari cybercafe di bandar pusat jengka, kebetulan bersebelahan sahaja dengan kelas memandu, dan hari ini Yan ada kelas komputer untuk ujian statik aka ujian berkomputer pada rabu ini. Doakan Yan lulus ye untuk ujian statik ini, dan seterusnya memperolehi Lesen L. So bila dah dapat Lesen L boleh lah Yan masuk untuk kelas Amali pulak, tak sabar rasanya…ehehe.

Yang bestnya disini untuk kelas memandu tiada had jam yang diperuntukkan, kiranya dia ajar sampai pandai dan cekap. tidak macam disesetengah tempat diorang ajar mengikut jam.

Oklah Yan undur diri dullu, kejap lagi nak masuk kelas. Harap maaf pada kawan2 yang lain kerana Yan tidak dapat menjejak korang balik, insyallah ada kesempatan Yan akan jejak korang balik, Yan sangat sibuk disini disamping kelas memandu. sekiranya tidak ada update itu bermakna tiada talian internet, dan maafkan Yan kerana tidak dapat menjejak korang balik. Insyallah balik Klang nanti Yan jejak balik.

Continue reading “Update dari Kampung”