Salam semua, semalam Yan pergi kelas belajar memandu di Litar dan jugak Jalan Raya. So far alhamdulillah semuanya ok, semua di dalam keadaan terkawal, dan Yan berjaya drive kereta sang kancil cikgu sampai ke rumah di jengka 13. cuma tulah kaki tak berapa cekap lagi, kadang-kadang boleh tersalah guna kaki untuk tekan brake…ehehe
dah tu cikgu Yan nie pulak jenis dia cepat je tangkap apa yang Yan buat *ha…kaki kiri tak boleh tekan brake, kena guna kaki kanan* hahaha yang nie memang tau sangat tak boleh guna kaki kiri untuk tekan brake, kaki kiri hanya untuk klac sahaja…dan kaki kanan untuk tekan brake dan minyak…wakaka tak biasa lagi cikgu..insyallah rabu nie dah ok bab tekan-tekan tu 😛