Salam, Kem Cuti Sekolah 2014 kem yang dinanti-nanti oleh pelajar dan juga ibu bapa, bukan takat tu je, kalau boleh apa-apa program yang melibatkan anak-anak sekolah ni mesti nak masukkan dorang sekali kan?. saya ada jugalah cari info tentang Kem Cuti Sekolah 2014 ni untuk anak-anak saya, tapi sayangnya umur mereka tidak melayakkan untuk mereka menyertainya.
Takpelah, maybe insyaALLAH tahun depan, dah alang-alang tu nak share info dari Surau tempat tinggal saya ni, apakata daftarkan anak-anak remaja anda yang berumur 12-17 tahun untuk Kem Daurah Remaja yang bakal diadakan di Kem Sungai Congkak.
Menariknya Kem ni sarat dengan pengisian ilmu (Modul JAIS) seperti:
- Aqidah
- Ibadah
- Al-Quran & Tajwid
- Sirah
- Hadith
- Akhlak
- Jawi
- Doa Hafazan
Bestkan??? rugi rasanya kalau tak rebut peluang macam ni, setahun sekali je ada Kem Cuti Sekolah macam ni. Jadi apakata daftarkan anak-anak anda, yuran pun murah sangat-sangat cuma RM150 sahaja untuk 6 hari yang padat dengan pengisian ilmu, insyaALLAH.
Untuk keterangan lanjut contact je ye no dalam gambar tu, cepat-cepat tempat adalah terhad.
Sejujurnya saya rasa amat beruntung, surau tempat tinggal saya ini penuh dengan aktiviti, terdahulu saya juga ada menghantar anak-anak saya menyertai Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014, dan yang terkini saya baru sahaja mendaftarkan mereka untuk Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.
– Jom share dengan pembaca blog ni kot ada lagi Kem Cuti Sekolah 2014 yang menarik~