Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014

Salam, 2 minggu lepas saya telah mendaftarkan anak -anak untuk Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014, ini pertama kali mereka menyertai Kem Cuti Sekolah 2014 macam ni. Bila tiba cuti sekolah macam ni mula lah mak bapak sibuk cari/merancang aktiviti ataupun percutian sempena cuti sekolah kan? anak-anak pun perlukan rehat juga, bagi rasa seronok sekejap.

kem smart solat cuti sekolah 2014

Macam anak-anak saya ni kalau diikutkan memanglah penat, pagi pergi ke sekolah agama, petang pulak pergi ke sekolah rendah, tengah hari ada masa 30 minit aje untuk makan dan mandi. balik sekolah dah dekat pukul 7 malam, lepas tu 8.30-9.30 malam pula ada kelas mengaji, balik kelas mengaji baru buat kerja rumah. Oh…penat tau!, apa boleh buat demi menuntut ilmu kan, jadinya cuti sekolah jom kita bagi anak rasa happy sekejap.

Continue reading “Kem Smart Solat Cuti Sekolah 2014”