Salam, hoyeahhh entry ini merupakan entry yang ke 2002, ikutkan entry dalam blog ni dah lebih daripada tu, sebab banyak entry lama-lama yang terpaksa saya buang, malu hehee, antaranya entry lama-lama masa saya mula blogging, entry gambar-gambar kahwin saya, mujur dah remove url so dah takde kat google cache heheee.
Sedar tak sedar dah nak masuk 7 tahun rupanya bergelar seorang blogger, bermula dengan flatform wordpress percuma, kemudian frust sebab tak reti guna wordpress.com tu, saya beralih ke blog.com, tak best juga saya guna lifejournal, tak best gak saya bertukar ke blogspot, dan blogspot tu lama gak saya guna, bertahun-tahun, lepas tu saya beli domain sahaja tapi guna flatform blogspot.