Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online SMS – Tarikh Keluar Keputusan PMR 19 Disember 2012

Salam, nampaknya ramai adik-adik calon PMR 2012 yang berdebar-debar menanti Tarikh Keluar Keputusan PMR 19 Disember 2012 ini, 2 hari je lagi InsyaAllah dah boleh Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online SMS seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

keputusan PMR 2012

Keputusan Penilaian Menengan Rendah (PMR) 2012 ini boleh disemak melalui mySMS bermula pada pukul 10 pagi, 19 Disember 2012 sehingga pukul 11.59 malam, 25 Disember 2012 dengan mengikuti langkah seperti diatas.

Selain itu boleh juga menyemak Keputusan PMR 2012 Secara Online, klik SINI

– Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang ^__^

PMR dan UPSR akan dimansuhkan?

Salam semua selamat pagi, semalam tengok berita kat TV3, terkejut jugak bila Timbalan Perdana Menteri yang jugak Menteri Pelajaran mengatakan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

(Google Images)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Continue reading “PMR dan UPSR akan dimansuhkan?”