PMR dan UPSR akan dimansuhkan?

Salam semua selamat pagi, semalam tengok berita kat TV3, terkejut jugak bila Timbalan Perdana Menteri yang jugak Menteri Pelajaran mengatakan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

(Google Images)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Continue reading “PMR dan UPSR akan dimansuhkan?”