Kereta Mainan Pandu Sendiri

Salam, semalam saya ada Appointment dengan Doktor di Klinik Pakar Wanita, lepas tu saya bawa adik dan anak-anak ke Giant Bukti Tinggi Klang, Makan, shopping barang sikit, ntah termakan pujukan anak, diorang nak main kereta mainan yang diorang pandu sendiri, kesianlah pulak kan, bukan selalu nak main pun kan, bagilah diorang seronok macam kanak-kanak yang lain, ok layan!

kereta mainan

Nak dijadikan cerita, kami berada dalam kedai pakaian, saya sedang memilih beberapa helai Abaya, kat tepi kedai ni pulak “tapak” mainan tu, apa lagi Haziq kata “Ibu, Angah nak duit SERATUS!”, perghhhh seratus tu dia nak hahahhahhaa, tanya dia seratus tu nak buat apa?, dia kata nak naik kereta mainan tu, hahahhaa kelakar pulak sampai minta duit RM100 yea 😀

Continue reading “Kereta Mainan Pandu Sendiri”

Kereta Mainan Token

Salam, semalam saya bawa anak-anak shopping kat Jusco Bukit Tinggi, kami bertiga je sebab suami kerja, tu pun aiman masih dengan baju tadikanya, tujuannya shopping…hehehe, macam biasalah kalau pergi tempat macam ni memang susah nak elak dari lalu kat tempat Kereta Mainan Token tu, asal lalu je mesti nak menyinggah, sepanjang-panjang jalan kalau ada kereta mainan tu memang harus lagi wajib singgah -..-“

kereta mainan

Oh yea kalau singgah tu bukan takat nak duduk je, haruslah budak-budak tu minta duit untuk ditukar kan dari mesin token tu, saje buat alasan kata takde duit kecik, membazir je rasanya, dah tu bukan nak main sekali je, 2-3 kali okeh, nasib baik diorang boleh terima alasan kata takde duit kecik hikhik.

Continue reading “Kereta Mainan Token”

Siapa nak?

Salam, ades bengang sangat hari nie terbantut sangat nak update blog sebab dah ter”jem” (ada ke bahasa nie?) upload video Aiman semasa event baru nie, tapi tak lepas-lepas jugak, takpe akan aku gigihkan diri untuk mengupload video tersebut, demi mu anakku ibu sanggup…ekekekee

mainan

Oh yea siapa nak kereta mainan kat atas tu? ada yang berkenan ke? kalau ada boleh tweet Aiman, ce try minta dengan dia, kot-kot dia nak bagi, hehehe. baru nie belikan untuk dia, tanya dia nak hadiah apa sebab dapat no 2 exam baru nie, katanya nak pencil box, alahai nak pencil box aje ke??

Continue reading “Siapa nak?”

Fuh nasib baik – kalau tak memang rugi!

Salam semua, siang tadi Yan dan family shopping barang dapur di Econsave Pandamaran Klang, memang biasanya kat situ jelah tempat kami beli barang-barang dapur, dari yang kering hinggalah ke barang yang basah, kat sini seafoodnya segar-segar lagi tu..segar dari laut…ehehe 🙂

Nak dijadikan cerita, biasanya Yan seorang aje yang masuk dalam pasaraya. En hubby dan anak-anak cuma tunggu dalam kereta, diorang tak ikut sekali, kalau lah anak-anak ikut sekali harus diorang angkut Econsave tu bawa balik rumah…ehehe, so taknak bagi diorang melalak kenalah bagi upah, kedua-dua anak minta Yan belikan Kereta Mainan, so haruslah di “iya” kan..kalau tak memang takleh masuk Econsave..hahaha

Continue reading “Fuh nasib baik – kalau tak memang rugi!”