Kereta Proton P3-21A Baru – Proton Tuah?

Salam, nampaknya ramai yang tak sabar menanti pelancaran Kereta Proton P3-21A baru, tempahan yang diterima pun semakin meningkat, tahniah Proton, tetapi yang menjadi pertanyaan sekarang adakah Proton P3-21A adalah Kereta Proton Tuah seperti yang digembar-gemburkan?, sebab ada yang mengisi borang tempahan dengan menulis nama kereta ini atas nama kereta Proton Tuah, apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya dalam sedikit masa lagi.

Proton Tuah

Layan dahulu gambar Proton Tuah, gambar ini saya ambil semasa menghadiri Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Continue reading “Kereta Proton P3-21A Baru – Proton Tuah?”

(Gambar Dan Video) Kereta Proton P3-21A Baru

Salam, wah bulan depan kalau tak silap saya PROTON Holdings Bhd bakal melancarkan model sedan baru Proton P3-21A, menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, P3-21A akan mendapat sambutan daripada pengguna berikutan jaminan prestasi serta pengendalian yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut.

proton p3-21A

Gambar Kereta Proton P3-21A

Nak tahu tak?, Model baru ini dah pun menerima tempahan pertamanya seawal pagi semalam tau iaitu pada pameran mega ‘Power of 1’, walaupun ianya masih belum dilancarkan dan dipertontonkan kepada orang awam sepenuhnya. Tak sabarnya nak tengok secara real, tengok kat berita semalam pun kemain comel lagi, unik sangat, anak kata “Ibu, ada ke kereta macam tu?” hehee.

Continue reading “(Gambar Dan Video) Kereta Proton P3-21A Baru”