Salam, nampaknya ramai yang tak sabar menanti pelancaran Kereta Proton P3-21A baru, tempahan yang diterima pun semakin meningkat, tahniah Proton, tetapi yang menjadi pertanyaan sekarang adakah Proton P3-21A adalah Kereta Proton Tuah seperti yang digembar-gemburkan?, sebab ada yang mengisi borang tempahan dengan menulis nama kereta ini atas nama kereta Proton Tuah, apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya dalam sedikit masa lagi.
Layan dahulu gambar Proton Tuah, gambar ini saya ambil semasa menghadiri Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).