ICity Shah Alam lagi

Salam semua,  baru nie ayah datang dari sabah so bawa dia jenjalan ke I-City Shah Alam memandangkan ayah tak lama di sini dan ayah jugak dah balik sabah masa ahad lepas, kiranya duk sini tak sampai pun seminggu, cuma beberapa hari sahaja…huhuhu, nak buat macam mana ada perkara lebih penting di sana, so tak boleh nak cuti lama-lama, ayah datang sini pun atas urusan rasmi, alhamdulillah bila urusan dah setel Yan terus amikkan ayah tiket flight..oklah cekidaut gambar yang sempat Yan snap masa pergi ICity bawa ayah dan adik lelaki Yan sekali, dan ini merupakan kunjungan ke 2 Yan dan family ke ICity nie.

icityEn.hubby, Ayah tercinta, Adik dan anak-anak 🙂

Continue reading “ICity Shah Alam lagi”

From Sandakan With Love

Salam semua, entry nie adalah entry personal, agak lama rasanya tak post entry personal nie dan entry ini adalah entry tertangguh, maklumlah takboleh nak upload gambar sebabnya Handset Yan masuk kedai untuk di baik pulih, tetiba lah pulak last day masa kat kampung hari tu handset tetiba takde couverage, bila charge dia kata bateri tu bukan bateri handset tersebut…huhu konfius sekejap.

So balik sini baru lah handset Yan di hantar ke kedai Sony Ericsson, Syukur 2 hari je menunggu dan semalam en.hubby dah pegi ambik kat kedai Sony Ericsson, rupanya handset Yan tu masalah software aje, so pihak Sony Ericsson dah update software, jadinya settle dan boleh lah buat entry tertangguh nie…hehehe, layan gambar jelah yea…

Gambar nie masa kat Jabatan Pendaftaran Negeri Daerah Sandakan (JPN). Atas urusan inilah Yan bergegas balik kampung. Jangan tanya masalah apa, sebab kalau cerita boleh panjang lebar ok!. So abaikan aje yea…hehehe

Continue reading “From Sandakan With Love”

Din Beramboi meninggal dunia

Salam semua, mesti  ramai yang dah tau dan buat entry pasal nie kan? Sebenarnya entry ini Yan nak siapkan pagi tadi tapi tak sempat sebabnya sibuk sangat atas urusan menghantar Mak mertua dan Ayah Mertua tercinta ke KLIA untuk mengerjakan ibadat Umrah.

Jadi entry nie tertangguh, tapi takpe Yan nak jugak meneruskan entry ini. Al-Fatihah buat Arwah Din Beramboi, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Continue reading “Din Beramboi meninggal dunia”

Tiada pemenang untuk Contest Teka Hari Lahir Ifah

Salam semua, syukur alhamdulillah semalam pukul 9.35malam selamat sampai di KLIA dan sampai rumah dalam pukul 11.30mlm, sebabnya singgah beli makanan.

Oklah mesti ramai yang ternanti-nanti jawapan Contes Teka Hari Lahir Ifah kan? tapi sedih betul takde seorang pun yang berjaya menjawab dengan tepat…huhuhu.

dan JAWAPAN kepada soalan Contes Teka Hari Lahir Ifah dilahirkan, adalah pada 05.03.1987

Memandangkan tidak ada seorang pun yang berjaya menjawab dengan tepat, maka dengan ini Contes Teka Hari Lahir Ifah di TUTUP.

Terima kasih pada semua yang sudi join contest ini, insyallah di lain masa boleh cuba lagi sekiranya ada Contest yang Yan buat nanti *ehek…rasanya ada kot*

Psstt!!! Tak dapat nak upload gambar sebab memory card kena virus trojan…huhuhu pastu handset pulak tetiba tak boleh guna *No network couverage* adakah handset Yan pun kena virus trojan?? ~~~ so takde gambar-gambar kat kampung yang boleh di sharekan, insyallah bila semuanya dah ok nanti Yan share ngan korang yea…

Ondeway kat atas plane

Salam semua, saat entry ini korang baca..Yan dan anak-anak kini berada di awan biru, flight dari SANDAKAN ke KLIA pukul 6.25 petang tadi dan insyallah kalau tiada apa-apa kami di jangka tiba di KLIA pada pukul 9.25malam.

Doakan mudahan perjalanan kami di permudahkan dan selamat tiba di KLIA…

sekian…*ekekeke..cam buat surat lak* hehehe…

Kini di awan biru – Sandakan tunggu kami datang

Gambar pinjam dari SINI

Salam buat semua, saat korang baca entry ini…Yan bersama hero-hero kini berada di awan biru, Flight kami tadi pukul 3.25ptg dari KLIA dan dijangka tiba pada pukul 6.00ptg di Sandakan SABAH. Doakan perjalanan kami selamat yea…

Nota kaki: Ini adalah entry auto publish!

Selamat tinggal dunia bloggingku!

Salam all, moga ceria semuanya hari ini yea. Sedih rasa hati meninggalkan korang semua dan selamat tinggal dunia bloggingku!..*ewah tajuk bukan main gempak lagi* hehehe

Gambar pinjam kat en.google

Hari ini insyaallah kalau takde apa-apa, flight Yan dan anak-anak pukul 3 petang nanti dan berlepas dari KLIA dengan flight MAS, En.hubby tak balik sebab bekerja. Kalau takde apa-apa sebelum bulan 4 kami balik semula ke semenangjung (Klang), hem…en.hubbyku jaga diri baik-baik yea…lebiuuu *ewah terjiwang sudah* hahaha

Continue reading “Selamat tinggal dunia bloggingku!”