Salam semua, adeh sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa untuk My Raya Moments nie, harus join sebabnya besan yang anjurkan kontes nie, siapa lagi kalau bukan top blogger yang tengah hot sekarang nie iaitu Eyriqazz, kontest nie sangat menarik sebabnya cara pengadilan dan syarat pun tak rumit, hem…takpelah kalah menang lain cerita, yang penting dah join..betul tak besan?? kalau menang tu kira 1 bonus lah kan, ok meh tengok gambar yang dipertaruhkan dibawah nie.
Gambar atas tu ambil masa kawan-kawan blogger datang ke rumah untuk Makan-makan di Teratak Yanmieonline.com. korang kenal tak blogger-blogger kat atas tu, meh Yan kenalkan yea, dari kiri Sue, Anarm.Net, Sukasup dan dari kanan CikNurull dan Azizan4444. seronok dapat jumpa diorang nie, lagi seronok dapat jumpa diorang nie buat pertama kalinya di rumah Yan sendiri, nasib baiklah raya kan…agaknya kalau bukan raya mesti tak jumpa sampai sekarang. Yang bestnya depa nie angau dengan Daging Masak Kicap ala Yanmie ehehe…kalau besan nak datang rumah nie pun nanti boleh buatkan daging masak kicap tu..amacam?? nak tak?? bawa sekali menantu kakyan tu..nnggee~~
Oklah setakat itu sahaja tentang kontes my raya moment nie, korang kalau sudi silalah like gambar tersebut di SINI yea. jangan malu jangan segan untuk LIKE 🙂
My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)
Nota Yanmie : Fuh…lega entry nie dah terbit, so takdelah besan Yan merajuk 😛